Tuesday, July 2, 2013

Allahuakbar......kembalikan ...

Bismillahirrahmaanirraheem

ramadhan kini menghampiri setelah sekian lama aku terkapai hilang ruh nya...semangat dan rahmat ramadhan yg tersisih kerana kealpaan diri...mungkin leka dan gagal menhubungkan kepentingan maddiah dengan keutamaan ruhiyyah..sedangkan jauh di sudut hati mengakui bahawa aku hanyalah hamba.............................

pengakuan tanpa amalan tiada makna..........itulah akhirnya aku dihujani ujian demi ujian...walau kelihatn 'simple' di mata dunia tapi beban rasa hanya Allah yang maha mengetahui...sesak nafas menghadapinya. Allah..sesungguhnya hamba tidak punya apa-apa dan bukan sesiapa tanpa rahmat kasih Mu..

Alhamdulillah ya Allah.....telah Kau berikan sedikit kejutan yang membangunkan aku dari leka...dari rasa yg hakikatnya telah menjauhkan aku sebagai hamba dari Mu...astaghfirullah.....sentuhan kejutan mengembalikan fokus kehidupan adalah untuk kembali pada Mu...biar apa jua geraklaku ianya semata-mata bermatlamatkan redha Mu..

Ya Allah kembalikan kesabaran...kekuatan...tegar ku..dalam langkahku menyantuni anak-anak...sentiasa ingatkan aku sebelum hamba hanyut dlm arus duniawi...dari mengulangi kekhilafan...Allhuakbar

Alhamdulillah ya Allah menganugerahkan hamba seorang yg bernama suami...penuh kasih...perihatin...sabar.. dan bertanggungjawab....terima kasih untuk anugerah anak-anak ..permata hati hamba Mu... bawalah kami hamba'hamba Mu ke jalan yang yang Kau redhai..........mudahan ramadhan kali ini lebih bererti dalam membentuk jiwa hamba buat kami dan seluruh hamba Mu sehingga kembali kepada Mu..aameen.